Niaga hadapan emas dijangka kekal rendah

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka rendah minggu depan berikutan kekurangan minat belian.
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka rendah minggu depan berikutan kekurangan minat belian.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka rendah minggu depan berikutan kekurangan minat belian, kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Carmen Yoon Kar Min berkata, harga emas dijangka diniagakan dalam jajaran kecil berikutan kebimbangan terhadap varian Delta Covid-19 yang telah memberikan impak ketara terhadap pemulihan ekonomi global.

Malaysia telah mencatat kes harian baharu tertinggi Covid-19 setakat ini pada Jumaat apabila mencatat 15,573 kes, menjadikan jumlah terkumpul mencecah 980,491 kes.

Sementara itu, Penganalisis Pasaran Kanan OANDA Edward Moya berkata, emas dijangka terus kekal pada paras AS$1,800 (AS$1=RM4.22) sehingga selepas mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada minggu depan.

Di peringkat tempatan, pasaran hadapan emas kekal tidak berubah sepanjang dagangan minggu ini dengan tiada dagangan dicatatkan.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, kontrak niaga hadapan emas Bursa Malaysia bagi Julai 2021 kekal pada RM230 segram, manakala Ogos 2021, September 2021 dan Oktober 2021 masing-masing pada RM255 segram.

Jumlah dagangan sifar manakala kepentingan terbuka berjumlah lima kontrak.

Harga emas fizikal pula turun RM1.50 kepada RM237.17 daripada RM238.67 segram pada Jumaat lepas. -Bernama

Artikel Berkaitan: