‘Perangkap saya sebagai buruan polis’

jamal
jamal
A
A
A

SABAK BERNAM - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan kenyataan fitnah yang tular di media sosial dan dilihat cuba mengeruhkan hubungan baik antaranya dan bekas Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Menurutnya, fitnah kotor itu disifatkan tidak masuk akal dan cubaan menjatuhkan kredibilitinya dan Ahli Parlimen Tanjong Karang berkenaan.

“Kenyataan fitnah ini mungkin cabaran dari pihak tertentu untuknya bangkit melawan kerajaan baharu secara agresif seperti ketika pemerintahan BN.

Bagaimanapun, saya tak mudah melatah dengan fitnah kotor ini dan menganggap sebagai ia cubaan memerangkap saya untuk kekal sebagai buruan polis.

“Terima kasih kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan fitnah kotor ini kerana saya masih lagi menjadi perhatian dan ingatan yang mungkin memberi kesan mendalam kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataannya di sini, hari ini.

Kenyataan yang mirip laman web sebuah portal berita bertajuk ‘Kisah sedih Jamal Yunos’ itu tersebar di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp.

Kenyataan itu memberitahu, Jamal ada menghubungi Noh untuk mendapatkan bantuan selepas mengeluarkan wang di Tabung Haji bagi membayar ikat jamin dan bil hospital.

Artikel Berkaitan: