X

Kindly register in order to view this article
!

Hukuman berat menanti jika lindungi, gajikan PATI

Khairul Dzaimee Daud
A
A

PUTRAJAYA - Hukuman berat akan dikenakan terhadap mana-mana individu dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang didapati melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, mereka yang melindungi atau menggajikan PATI boleh dikenakan denda mencecah RM50,000 di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 55B akta sama.

Menurut beliau, selain denda, pesalah turut boleh dikenakan hukuman penjara atau enam kali sebatan jika terlibat dengan kegiatan tersebut.

“Majikan yang menggaji PATI boleh dihukum denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap orang pekerja yang diambil.

“Melindungi PATI pula boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 tetapi tidak melebihi RM50,000,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Khairul Dzaimee berkata, sejak 2019 hingga pertengahan tahun ini, seramai 979 individu dikenakan tindakan kerana melindungi PATI.

“Jumlah majikan yang telah didakwa dan didenda (gajikan PATI) adalah seramai 1,052 majikan (2019), 509 majikan (2020) dan 130 majikan (2021).

“Jumlah terkumpul majikan dan denda yang dikenakan bagi tempoh ini (2019 hingga pertengahan 2021) ialah seramai 1,701 orang majikan dan denda sebanyak RM33,073,500,” katanya.

Pada masa sama, warga asing yang tinggal melebihi tempoh Pas Lawatan Sosial atau Pas Jangka Panjang yang dikeluarkan Imigresen akan turut dikenakan tindakan sebelum diusir keluar malah mereka akan disenaraihitamkan daripada memasuki negara.

Sehubungan itu, beliau menggesa individu yang melindungi atau menggajikan golongan tersebut supaya mendaftarkan mereka di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja atau Rekalibrasi Pulang yang dilanjutkan sehingga 31 Disember depan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!