X

Kindly register in order to view this article
!

Imigresen periksa 243 pekerja asing dalam kawasan PKPD

Pemeriksaan yang dilakukan terhadap 243 pekerja warga asing di kawasan Perindustrian Besgrade, Pokok Sena pada Jumaat mendapati mereka semua mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah.
A
A

POKOK SENA - Seramai 243 pekerja warga asing di kawasan Perindustrian Besgrade, Pokok Sena telah diperiksa oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah melalui Ops Patuh Bersepadu pada Jumaat.

Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Kedah (Kawalan), Rosmaliza Mohamed Rashid berkata, pemeriksaan terhadap pekerja-pekerja tersebut yang kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilakukan selepas pihaknya menerima banyak aduan wujudnya kehadiran warga asing di kawasan terbabit.

Menurutnya, serbuan dilakukan dengan kekuatan seramai 86 pegawai dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Angkatan Pertahanan Awam (APMM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bermula jam 10 pagi dan berakhir sekitar jam 1 tengah hari.

"Kawasan dua blok asrama pekerja itu didiami warga asing daripada beberapa negara seperti Indonesia, Bangladesh, India dan Nepal.

Pemeriksaan yang dilakukan terhadap 243 pekerja warga asing di kawasan Perindustrian Besgrade, Pokok Sena pada Jumaat mendapati mereka semua mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah.
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap 243 pekerja warga asing di kawasan Perindustrian Besgrade, Pokok Sena pada Jumaat mendapati mereka semua mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah.

"Seramai 243 orang diperiksa terdiri daripada 234 lelaki dan 9 wanita. Pemeriksaan mendapati kesemua dokumen perjalanan dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) adalah teratur," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Rosmaliza berkata, tiada sebarang tangkapan dibuat pada Ops Patuh tersebut berikutan warga asing terbabit memegang PLKS yang sah semasa pemeriksaan dilakukan.

"Ops Patuh dijalankan di kawasan ini dan berada di bawah PKPD yang bakal berakhir pada malam Jumaat.

"Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah diingatkan bahawa tidak semua warga asing yang berada di dalam negara adalah merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja secara tidak sah di negara ini," jelasnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!