PKPD di beberapa lokasi di Sabah, Sarawak dan KL

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lagi lokaliti di Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur bermula Ahad ini hingga 7 Ogos, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, keputusan itu diambil setelah sidang khas Majlis Keselamatan Negara meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan dan mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di kesemua lokaliti berkenaan.

Menerusi kenyataan pada Jumaat, beliau berkata, kawasan terlibat di Sabah ialah di Kampung Kolam, Kudat; Taman Sabana Fasa 1 Keningau; Kampung Berhala Darat dan Kampung Melayu Bumiputra, Sandakan serta di Kampung Nagapas, Jalan Kebun Lama, Papar.

Enam lokaliti di Kota Kinabalu pula yang dikenakan PKPD ialah di Taman Sepanggar; Blok D & E, Apartment Angkasa; Bandar Sinsuran; Kampung Sepakat Jaya; Kampung Rampayan dan Kampung Lokub.

Sementara itu di Sarawak, ia melibatkan lokaliti di Kuarters Pekerja Ladang Pelitanah 1 & 2, Dalat, Mukah; manakala di ibu negara melibatkan Taman Hock Ann, Jalan Klang Lama.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: