X

Kindly register in order to view this article
!

Penjara Ecuador diisytiharkan darurat selepas 22 tahanan maut

Pasukan keselamatan dikerah mengawal ketenteraman awam di dalam Penjara Litoral di Guayaquil, Ecuador pada Khamis. - Foto AP
A
A

QUITO - Ecuador mengisytiharkan perintah darurat pada Khamis di dalam sistem penjaranya selepas berlaku rusuhan di dua buah penjara yang mengakibatkan 22 orang terbunuh dan 57 lagi cedera.

Presiden, Guillermo Lasso mengeluarkan arahan untuk semua pihak untuk mengembalikan semula peraturan di dalam penjara negara itu.

Lasso berkata, pihak tentera akan mengawal kawasan penjara dan pintu masuknya manakala polis pula akan melakukan kawalan di dalam penjara.

Setakat ini, orang awam yang dilatih sebagai pengawal penjara ditugaskan mengawal keselamatan di dalam penjara negara tersebut.

Keganasan itu berlaku pada Rabu lalu di Penjara Litoral, bandar raya Guayaqui dan di penjara Latacunga di tengah Ecuador, kata pihak berkuasa.

Bekas menteri dalam negeri, Gustavo Larrea berkata, pergaduhan itu adalah melibatkan kumpulan-kumpulan penjenayah yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti penyeludupan dadah. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!