Cops waspada helah Kijang Hijau

Wan Rohaimi - Foto PDRM Football Club
Wan Rohaimi - Foto PDRM Football Club
A
A
A

PENGENDALI PDRM FC, Wan Rohaimi Wan Ismail menjangkakan The Cops bakal berdepan tentangan sengit Kelantan United FC apabila melayan kunjungan skuad Nazrulerwan Makmor itu pada perlawanan Liga Premier di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Ahad ini.

Menurut Wan Rohaimi, jangkaan itu setelah pengurusan Kijang Hijau melakukan rombakan terhadap pemain dan jurulatih bagi memantapkan saingan kelab pantai timur tersebut dalam mengharungi baki saingan liga.

Biarpun begitu, pengendali berusia 45 tahun kelahiran Kota Bharu itu tetap percaya pemain The Cops telah melakukan tugas yang cukup baik dalam tempoh persediaan lebih dua bulan ini sepanjang Liga Malaysia berehat.

“Saya amat berharap The Cops dapat memulakan perlawanan pertama baki saingan liga dengan langkah kanan selepas liga bersambung ini. Setakat ini saya boleh katakan pasukan memang memberikan kerjasama cukup baik dalam latihan walaupun dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Jadi, momentum mereka memang tengah baik jadi saya hanya nampak sekarang pemain-pemain cukup teruja untuk menanti liga bersambung pada minggu ini.

“Kita tidak boleh jadikan prestasi pada pusingan pertama tempoh hari sebagai ukuran, dan untuk baki perlawanan ini saya anggap sebagai permulaan baru. Sasaran kami memang ingin kutip tiga mata ke atas Kelantan United,” katanya dipetik dari laman Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Untuk rekod, The Cops kini berada pada kedudukan kelapan liga dengan mengumpul 11 mata setelah mengharungi 11 perlawanan - tiga menang, dua tewas dan enam tewas.

Artikel Berkaitan: