X

Kindly register in order to view this article
!

17 kakitangan positif Covid-19, Pejabat Cawangan MBSP ditutup

Pejabat Cawangan MBSP di Jalan Betek, Bukit Mertajam ditutup enam hari bermula Jumaat susulan terdapat 17 kes positif Covid-19 membabitkan kakitangannya.
A
A

BUKIT MERTAJAM - Pejabat Cawangan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Jalan Betek, di sini ditutup enam hari bermula Jumaat sehingga 28 Julai ini susulan terdapat 17 kes positif Covid-19 membabitkan kakitangannya.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata, pihaknya menerima notis penutupan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (PKDSPT) pada Jumaat.

Menurutnya, pejabat cawangan itu ditutup sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selain untuk melaksanakan kerja-kerja sanitasi di setiap tingkat bangunan.

"Pejabat Cawangan MBSP Jalan Betek akan ditutup mulai 23 Julai hingga 28 Julai 2021 atau ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Ini kerana terdapat 17 kakitangan bahagian penguatkuasaan di pejabat cawangan tersebut positif Covid-19.

"Saya memohon kerjasama penduduk Seberang Perai untuk berurusan dengan Ibu Pejabat MBSP di Bandar Perda atau melalui agensi yang dilantik dengan melayari laman utama MBSP di https://www.mbsp.gov.my," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Rozali berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa perkhidmatan kepada rakyat tidak akan terjejas dan terganggu disebabkan oleh penutupan pejabat cawangan tersebut.

"MBSP mempunyai pelan kontingensi untuk mobilisasi Pasukan Pengurusan Krisis dari Depo Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah, di samping Wira Orange dari Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan MBSP untuk urusan bantuan kecemasan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!