Banjir di Eropah, Konsulat Malaysia di Liege, Belgium selamat

Belgium berkabung pada 20 Julai lalu bagi memperingati mangsa yang terkorban. -Foto EPA
Belgium berkabung pada 20 Julai lalu bagi memperingati mangsa yang terkorban. -Foto EPA
A
A
A

KUALA LUMPUR - Konsulat Kehormat Malaysia di Liege, Belgium tidak terjejas akibat banjir besar yang melanda negara itu sejak seminggu lalu, demikian disahkan sumber dari Kedutaan Malaysia di Belgium.

"Setakat ini, tiada warga Malaysia dilaporkan terjejas dan semua berada dalam keadaan selamat," kata sumber itu kepada Bernama.

Mengenai nasib rakyat Malaysia di Luxembourg, sumber itu mengesahkan mereka semua turut selamat daripada bencana itu. Kedutaan Malaysia di Belgium juga ditauliahkan ke Luxembourg.

Konsular Kehormat (Malaysia) di Luxembourg, Nicolas Comes, memaklumkan bahawa keadaan banjir di Luxembourg terkawal dan kerajaan tempatan telah memperuntukkan €50 juta (RM290 juta) sebagai dana bantuan bencana.

Belgium turut berkabung pada 20 Julai lalu bagi memperingati mangsa yang terkorban. - Bernama

Artikel Berkaitan: