Lelaki toreh muka rakan ditahan

Suspek toreh muka rakan dalam kejadian Oktober tahun lalu berjaya ditahan hasil risikan polis dan maklumat awam.
Suspek toreh muka rakan dalam kejadian Oktober tahun lalu berjaya ditahan hasil risikan polis dan maklumat awam.
A
A
A

JEMPOL - Seorang lelaki yang dipercayai menoreh muka rakannya dalam kejadian Oktober tahun lalu di Bahau berjaya ditahan di sebuah rumah, di sini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditahan pada jam 9 malam, 19 Julai lalu hasil risikan polis dan maklumat awam.

"Sebaik tiba di lokasi, suspek yang berada di ruang tamu disyaki dalam keadaan mabuk ditahan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Suspek kini direman sehingga Isnin dan hasil semakan juga mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod lampau berkaitan dadah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Chang Hook berkata, dalam kejadian pada 19 Oktober tahun lalu, mangsa berusia 47 tahun mengalami kecederaan koyak di antara pipi kanan hingga bawah telinga dan koyak di antara bawah pipi kiri hingga tepi bibir.

"Semakan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek telah mengejar mangsa dari sebuah kedai hingga ke tempat kejadian sambil mengeluarkan senjata disyaki sebilah pisau.

"Mangsa yang ketika itu berlumuran darah datang ke balai polis untuk membuat laporan sebelum dibawa mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah," katanya.

Artikel Berkaitan: