X

Kindly register in order to view this article
!

Muslim Pro kumpul dana bantu umat Islam terjejas

App Muslim Pro
A
A

KUALA LUMPUR - Muslim Pro, app keagamaan dan komuniti Islam paling popular di dunia dengan lebih 100 juta muat turun, melancarkan kempen membantu umat Islam di Malaysia yang terkesan akibat pandemik Covid-19 bermula hari ini sehingga 6 Ogos depan.

Kempen ini dilaksanakan secara kerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Sedulur, sebuah badan kebajikan yang bermula pada 2015 dengan matlamat mengurangkan rantaian kemiskinan.

Menerusi kolaboratif ini, menjelang 9 Ogos 2021, Muslim Pro menyasar untuk mengedar 100 bakul makanan kepada golongan memerlukan (B40 dan ke bawah) di Malaysia menggunakan dana yang dikumpul sepanjang kempen ini.

Menerusi Pertubuhan Kebajikan Sedulur, dana ini akan menyediakan barangan asas dan makanan bagi rakyat berpendapatan rendah dalam kategori B40 dan semua umat Islam di Malaysia semasa berdepan dengan kesulitan sekarang.

Pengurus Negara Muslim Pro untuk Malaysia, Nik Emir Din berkata, matlamat dan objektif kempen itu adalah bagi menyatupadukan rakyat Malaysia untuk membantu mereka yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Beliau berkata, dalam Islam, umatnya digalakkan memberi sedekah atau sumbangan untuk membantu saudara sesama Islam bagi mengeluarkan mereka daripada kesulitan, terutama waktu-waktu yang sukar ini.

"Semasa pandemik Covid-19 ini, ramai orang kehilangan insan tersayang, kehilangan kerja dan pendapatan, menjadikan mereka terkapai-kapai. Kami percaya dengan memberi balik kepada komuniti ini akan dapat meringankan beban mereka dan membantu mereka dalam apa cara yang kita boleh,” kata beliau dalam kenyataan pada Jumaat.

Muslim Pro bermula sebagai aplikasi bergerak dengan idea mudah iaitu memberikan waktu solat tepat kepada seluruh ummah.

Sejak itu, Muslim Pro telah berkembang dengan keperluan umat Islam, menjadi app bergerak menyeluruh yang memberi khidmat kepada jutaan pengguna di seluruh dunia menawarkan ciri-ciri menyeluruh keagamaan, gaya hidup dan komuniti.

“Kami berharap untuk melihat kemajuan di dalam situasi Covid-19 ini, malah kami amat berbesar hati melihat app kami terus memberi sokongan besar dan bantuan kepada semua umat Islam di seluruh dunia kerana ciri-ciri pada app kami membantu menyambungkan jarak fizikal di dalam pengamalan agama kami,” ujar beliau.

Muslim Pro menggalakkan seluruh masyarakat untuk sama-sama menyumbang bagi kempen ini menerusi aplikasi Muslim Pro yang boleh dimuat turun menerusi https://www.muslimpro.com/.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!