Lagi angka tertinggi, 15,573 kes hari ini

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA- [DIKEMASKINI] Kes baharu positif Covid-19 sekali lagi merekodkan angka tertinggi dengan 15,573 kes dilaporkan pada Jumaat.

Bilangan kes sembuh turut merekodkan peningkatan tertinggi iaitu 10,094 kes sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya, 825,387 kes.

Sebahagian besar kes baharu positif direkodkan di Lembah Klang iaitu Selangor (7,672) dan Kuala Lumpur (2,063).

Kedah juga mencatatkan peningkatan iaitu 937 kes diikuti Johor (722), Negeri Sembilan (682), Pulau Pinang (530), Sabah (516), Sarawak (461), Pahang (457), Melaka (452), Perak (415), Kelantan (372), Terengganu (229), Putrajaya (41), Labuan (41) dan Perlis (tiga).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu dilaporkan, terdapat 29 kes kategori lima dan 74 kes berada di kategori empat sewaktu diagnosa.

"Terdapat 102 kes kategori tiga, 7,095 kes kategori dua dan 8,273 kes kategori satu," katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Menurutnya, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 980,491 kes.

Beliau berkata, seramai 939 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara manakala 456 pula memerlukan bantuan pernafasan.

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak 144 kes kematian dilaporkan membabitkan 132 rakyat tempatan dan 12 warga asing.

"Kes kematian tersebut melibatkan 66 di Selangor, Kuala Lumpur (16), Johor (15), Melaka (13), Negeri Sembilan (10), Pahang (lapan), Sarawak (tiga), Perak (dua) dan Pulau Pinang (dua).

"Satu kes kematian dilaporkan di Sabah, Terengganu dan Labuan," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 30 kluster baharu telah dikenal pasti membabitkan 16 kluster komuniti dan lapan kluster tempat kerja.

"Empat kluster kumpulan berisiko tinggi, satu kluster keagamaan dan kluster pendidikan tinggi turut dikesan," katanya.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan kluster yang dikesan adalah 3,391 dan 2,433 daripadanya telah tamat manakala 958 masih aktif.

Sehingga 23 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 15,573 kes (980,491 kes).

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 7,672 (351,618)

WPKL - 2,063 (105,600)

Johor - 722 (82,504)

Sabah - 516 (77,940)

Sarawak - 461 (73,318)

Negeri Sembilan - 682 (65,477) pic.twitter.com/irQMGnKWjT

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 23, 2021