X

Kindly register in order to view this article
!

Saksi diminta tampil bantu siasatan pejalan kaki maut dilanggar lari

Mangsa ditemui di Batu Dua, Jalan Kapar, Klang sekitar jam 6.30 pagi Jumaat.
A
A

KLANG - Saksi kemalangan maut melibatkan seorang pejalan kaki di Batu Dua, Jalan Kapar sekitar jam 6.30 pagi di sini pada Jumaat diminta tampil untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, mangsa yang sedang melintas dilanggar oleh sebuah kenderaan yang belum dapat dikenalpasti pada awal pagi Jumaat.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu di percayai berlaku ketika mangsa melintas jalan sebelum sebuah kenderaan dari arah Klang terus langgar mangsa.

“Selepas pelanggaran itu kenderaan berkenaan dipercayai meninggalkan lokasi kemalangan dan mangsa maut di lokasi kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Nurulhuda berkata, tiada laporan dibuat berkaitan kemalangan itu dan identiti mangsa juga masih belum dikenalpasti kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah bersamanya ketika ditemui.

Tambahnya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Awangku Mohd Syahrhonie Awangku Adnan di talian 0133463138 atau Kaunter Aduan Trafik di talian 03- 32902222 - sambungan - 3063,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!