PASP bantu golongan terjejas akibat pandemik

Abdul Karim (depan, dua kanan) bersama bakul makanan sumbangan persatuan itu kepada penerima terpilih.
Abdul Karim (depan, dua kanan) bersama bakul makanan sumbangan persatuan itu kepada penerima terpilih.
A
A
A

TEMERLOH - Pertubuhan Amal Sayang Pahang (PASP) antara badan bukan kerajaan (NGO) yang turut menggembeling tenaga membantu golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dengan mengagihkan 300 bakul makanan kepada penduduk setempat.

Pengerusinya, Abdul Karim Moiden berkata, persatuan itu memperuntukkan sebanyak RM10,000 untuk bantuan berupa barangan asas seperti beras, susu, tepung, gula dan lain-lain.

"Kesemua agihan membabitkan beberapa lokaliti di Temerloh dan Mentakab termasuklah di Jalan bahagia, Kampung Belengu dan Kampung Tualang baru-baru ini," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Ujarnya, persatuan itu memahami tekanan dan kesukaran yang dihadapi orang ramai khususnya golongan kurang berkemampuan dalam mengharungi pandemik tersebut.

"Kita berharap akan dapat melakukan aktiviti sama dan mengagihkan sumbangan dalam skala lebih besar selepas ini," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau menyeru lebih banyak NGO tampil memberikan bantuan tanpa mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata.

Artikel Berkaitan: