Gelombang haba: Suhu kekal 35 darjah Celsius

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Status gelombang haba di Semenanjung Malaysia masih berada pada tahap satu dengan suhu mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Berdasarkan kemaskini Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) setakat pukul 4.45 petang hari ini, lapan kawasan berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Kawasan yang disenaraikan ialah Chuping, Perlis; Kubang Pasu, Kota Setar dan Sik (Kedah), Hulu Perak, Kinta dan Kuala Kangsar di Perak serta Kepong (Kuala Lumpur).

Sementara itu, kawasan Maran di Pahang dan Muar (Johor) yang berada pada tahap satu semalam mencatatkan penurunan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celsius.

Suhu panas berkenaan dijangka berlarutan selama tiga hari berturut-turut.

Sehubungan itu, bayi, kanak-kanak, wanita hamil, warga emas dan golongan berpenyakit kronik disarankan minum air sekurang-kurangnya 2.5 hingga 4 liter bagi mengelakkan dehidrasi dan strok haba sepanjang fenomena cuaca panas melanda.

Artikel Berkaitan: