Guinea buat pusingan U

Foto AFP
Foto AFP
A
A
A

GUINEA membuat pusingan U apabila menarik semula keputusan untuk tidak mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Menurut Menteri Sukannya, Sanoussy Bantama Sow, kerajaan memberikan kebenaran kepada atlet negara itu mengambil bahagian selepas mendapat jaminan kesihatan daripada pihak berwajib.

Negara benua Afrika itu sebelum ini mengejutkan dunia sukan apabila mengumumkan penarikan diri daripada temasya sukan terbesar dunia tersebut berikutan situasi semasa pandemik Covid-19.

Edisi Tokyo 2020 bakal menyaksikan, Guinea mempertaruhkan lima atletnya Fatoumata Yarie Camara (gusti bebas), Mamadou Samba Bah (judo), Fatoumata Lamarana Toure dan Mamadou Tahirou Bah (renang) manakala Aissata Deen Conte (olahraga wanita 100m).

ARTIKEL BERKAITAN: Guinea tarik diri sertai Olimpik Tokyo

Artikel Berkaitan: