Covid-19: MotoGP Thailand dibatalkan sekali lagi

MotoGP Thailand yang dijadual diadakan di Litar Antarabangsa Chang di Buriram pada Oktober dibatalkan buat kali kedua berturut-turut berikutan pandemik Covid-19- Gambar hiasan
MotoGP Thailand yang dijadual diadakan di Litar Antarabangsa Chang di Buriram pada Oktober dibatalkan buat kali kedua berturut-turut berikutan pandemik Covid-19- Gambar hiasan
A
A
A

BANGKOK - MotoGP Thailand yang dijadual diadakan di Litar Antarabangsa Chang di Buriram pada Oktober dibatalkan buat kali kedua berturut-turut berikutan pandemik Covid-19.

MotoGP dalam satu kenyataan berkata, sekatan yang dikuatkuasa di negara ini memaksa acara itu dibatalkan.

"Kami akan memaklumkan jika ada sebarang acara lain diadakan sebagai ganti," kata kenyataan itu.

MotoGP Thailand adalah perlumbaan Asia ketiga yang dibatalkan kerana wabak Covid-19, selepas pusingan di Australia dan Jepun. - Bernama

Artikel Berkaitan: