X

Kindly register in order to view this article
!

Bernas sumbang 3,000 kotak makanan 'Ikhlas untuk Malaysia'

Penerima Kotak Sumbangan Ikhlas untuk Malaysia bersama warga kerja Bernas di Kuching Sarawak
A
A

KUALA LUMPUR - Padiberas Nasional Berhad (Bernas) melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) telah menggerakkan misi bantuan menerusi inisiatif ‘Ikhlas untuk Malaysia’ baru-baru ini.

Bernas dalam satu kenyataan berkata, hampir 3,000 kotak makanan mengandungi pelbagai barangan keperluan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan lain-lain disediakan bagi membantu masyarakat terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya, bantuan tersebut telah mula diedarkan secara berperingkat kepada penerima di Semenanjung Malaysia, Sabah dan juga Sarawak melalui 33 lokasi pusat operasi Bernas.

"Ikhlas untuk Malaysia merupakan sebahagian daripada pendekatan yang di ambil syarikat dalam memastikan kesejahteraan masyarakat di negara ini terus dipelihara.

" Inisiatif ini diharap dapat meringankan beban masyarakat yang rata-ratanya terjejas punca pendapatan dan memerlukan sokongan bagi meneruskan kelangsungan hidup sepanjang tempoh perlaksanaan ‘lokckdown’ di seluruh negara," kata kenyataan itu.

Bernas berkata, inisiatif itu juga dianggap sebagai salah satu peluang pihaknya untuk menyumbang semula bantuan kepada masyarakat seiring dengan matlamat berkongsi kemakmuran bersama penduduk secara lebih inklusif.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!