X

Kindly register in order to view this article
!

LZS peruntuk RM12,000 naiktaraf PPV Klinik Bestari Jaya

Saipolyazan (kiri) menyerahkan sumbangan makanan kering dan kerusi roda kepada pihak pengurusan PPV Dewan Sivik MBPJ di sini pada Khamis..
A
A

PETALING JAYA - Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan RM12,000 untuk menaiktaraf Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Bestari Jaya, Kuala Selangor dalam usaha memberikan keselesaan kepada petugas barisan hadapan dan penerima vaskin yang berkunjung ke sana.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusop berkata, inisiatif yang dilakukan itu berikutan keadaan PPV di sana yang hanya menggunakan kain kanvas sebagai dinding dan bumbung.

"Peruntukan tersebut adalah untuk membina dinding dan bumbung yang lebih kukuh dan selesa.

"Bantuan tersebut merupakan sebahagian daripada RM1 juta wang amil dan pengurusan LZS serta akan disalurkan secepat mungkin," katanya demikian ketika temui pemberita selepas menyerahkan 20 kerusi roda dan makanan kering kepada pihak PPV Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, Saipolyazan berkata, sebelum ini pihaknya telah menghantar 20 kerusi roda kepada Hospital Universiti Teknologi Mara (HUiTM) dan menyediakan 2,000 bungkus makanan sedia dimakan kepada pesakit yang datang ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati, Shah Alam selama sebulan.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang memproses beberapa bantuan lain yang akan dihantar ke PPV dan CAC di Selangor.

"Kita juga akan memberi bantuan dalam bentuk peralatan perubatan di 12 hospital di seluruh Selangor dengan peruntukan sebanyak RM800,000.

"Ia akan dihantar secepat mungkin bagi membantu kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok secepat mungkin," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!