AMK Selangor umum kepimpinan baharu, bela golongan muda

Chua Wei Kiat
Chua Wei Kiat
A
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menyifatkan kehidupan masyarakat terutamanya golongan muda ketika ini sangat terjejas akibat pandemik Covid-19.

Ketuanya, Chua Wei Kiat bagaimanapun berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga kini masih gagal memberi hala tuju yang jelas bagi menyelesaikan masalah ekonomi rakyat.

Sehubungan itu, menurutnya, sebagai sebuah organisasi yang mewakili golongan muda, AMK akan terus ke hadapan bagi menyuarakan pandangan dan membela nasib anak muda.

"Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan parti yang diwarnai kepelbagaian. Aktivisnya terdiri daripada pelbagai kaum dan dapat bekerjasama secara harmorni selama 21 tahun sejak parti ini tertubuh.

"Justeru, AMK Selangor akan terus memperkasakan semangat ini agar hak dan permintaan anak muda daripada pelbagai lapisan dapat diketengahkan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Wei Kiat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang dalam kenyataan sama turut mengumumkan jawatankuasa penuh AMK Selangor yang baharu.

Beliau turut berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan kepimpinan AMK Malaysia untuk memimpin pasukan AMK Selangor berkuat kuasa 30 Jun lalu.


Berikut antara barisan kepimpinan AMK Selangor yang baharu:

Artikel Berkaitan:


Ketua - Chua Wei Kiat

Timbalan - Mohd Shahfeeq Eqhwan Shahrom

Naib 1 - Muadzam Mohamed Shariff

Naib 2 - Sathasivam Manohara

Naib 3 - Parthiban Narayana Moorthy

Setiausaha - Mohamad Jashir Khan Mohamad Johari Muniandy

Penolong Setiausaha - Dinesh Selvarajoo

Bendahari - Johan Ariff Salim

Penolong Bendahari - Lee Meng Chang

Setiausaha Pengelola - Muhammad Farkhan MD Yasin

Ketua Penerangan - Muhammad Akmal Abdul Halim

Pengarah Komunikasi - Sivabalan Mugunthan

Pengarah Strategi - Muhammad Izuan Amad Kasim

Pengarah JPRN - Muhammad Hanafi Jalalludin

Ketua Biro Profesional - Muhammad Alif Imran Rafique Ali

Ketua Skuad - Muhammad Salleh Ozmi

Biro Kebajikan - Natasha Kumar Sukumaran

Dalam pada itu, AMK Selangor turut melantik seramai 14 ahli sebagai ahli jawatankuasa kerja bagi membantu barisan kepimpinan AMK yang baharu di negeri itu.