PKPD di 25 lokaliti di Sabah, Kelantan, Pahang

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 25 lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula pada 24 Julai hingga 6 Ogos depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Sabah melibatkan Kampung Gumandang, Kudat dan Kampung Lumatai Ulu, Beaufort.

Selain itu, beliau berkata, PKPD turut dikenakan di kawasan Tuaran, Sabah membabitkan dua lokaliti iaitu Kampung Pukak, Mukim Tengah dan PPR Gayang Ria, Mukim Berungis manakala tiga lokaliti di Sipitang, Sabah termasuk Kampung Banting, Kampung Kawang serta Kampung Ulu Bole.

Tambahnya, tiga lokaliti dikenakan PKPD di Machang, Kelantan iaitu Kampung Joh, Kampung Maka dan Kampung Dewan Besar, Labok.

Ismail Sabri berkata, PKPD di kawasan Pahang pula membabitkan Kompleks Penjara Bentong, Pahang dan 14 lokaliti dalam daerah Temerloh.

“Ia merangkumi Taman Bahagia, Taman Bahagia Indah, Taman Bahagia Makmur, Taman Bahagia Permai, Taman Bahagia Courts, Kampung Padang Lalang dan Taman Perumahan Sri Kemuning.

“Selain itu, ia termasuk Flat Sri Kemuning, Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya Indah, Taman Temerloh Makmur, Seluruh Felda Lakum, Kampung Paya Keladan dan Taman Keladan Indah,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di tiga lokaliti di Mukim Sura, Dungun, Terengganu iaitu Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir, Kampung Gong Pasir dan Taman Maidam berkuat kuasa pada 24 Julai sehingga 6 Ogos depan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, beliau berkata, PKPD di empat lokaliti di Sabah dan satu kawasan di Kedah iaitu Kawasan Perindustrian Bestgrade, Pokok Sena akan ditamatkan pada 23 Julai seperti yang dijadualkan.

“Di Sabah pula melibatkan Kampung Mangkubau Laut, Pitas; Ladang Sabah Mas Division Segama, Lahad Datu; Felda Umas 1, 3 dan 4, Kalabakan dan Fasa 4B, Taman Bukit Sepanggar, Kota Kinabalu,” menurutnya.