Tuduhan Syed Saddiq pendakwaan bersifat politik tidak benar

Wan Saiful (dua kiri) bersama Halimaton Shaadiah turut menimbang daging lembu untuk diagihkan sempena Program Ibadah Korban Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Parlimen Kubang Pasu pada Khamis.
Wan Saiful (dua kiri) bersama Halimaton Shaadiah turut menimbang daging lembu untuk diagihkan sempena Program Ibadah Korban Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Parlimen Kubang Pasu pada Khamis.
A
A
A

CHANGLUN - Dakwaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa pendakwaan mahkamah ke atasnya pada Khamis dibuat atas tujuan politik kerana beliau tidak mahu menyertai Perikatan Nasional (PN) adalah tidak benar

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, kes yang membabitkan bekas Menteri Belia dan Sukan itu sudahpun berlaku semasa Pakatan Harapan (PH) masih berkuasa sebagai kerajaan.

Menurutnya, kerajaan PN mengutamakan kebebasan mahkamah dan sistem perundangan dalam melaksanakan tanggung jawabnya tanpa melibatkan campur tangan dari mana-mana pihak mahupun badan politik.

"Tuduhan yang dilemparkan oleh YB Syed Saddiq pada Rabu bahawa pendakwaan ini adalah bersifat politik adalah tidak benar. Dia dikatakan membuat kesalahan itu dan disiasat ketika masih dalam kerajaan PH lagi. Adakah dia tidak didakwa disebabkan ada campur tangan kerajaan PH pada masa itu?

"Kalau hendak kata jika masuk PN untuk lari daripada pendakwaan, itu tidak berlaku. Kalau PN hendak tawarkan, ramai lagi boleh mendakwa mahu mendapatkan perlindungan politik, tetapi kita (PN) tegas mereka perlu masuk ke mahkamah dan bersihkan nama terlebih dahulu," katanya pada sidang akhbar di Changlun pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq tak mengaku pecah amanah, salah guna sumbangan PRU14

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Syed Saddiq pada Rabu bahawa beliau lebih rela masuk mahkamah daripada menyertai PN.

Menerusi video di laman sosial Facebooknya, Syed Saddiq juga dilaporkan berkata, jika tidak menyertai PN, beliau diugut untuk didakwa sejak setahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Pada Khamis, media melaporkan Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pecah amanah dan salah guna sumbangan Kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 berjumlah RM1.12 juta, pada 2018 dan 2020 lalu.

Sebelum itu, Wan Saiful menyerahkan kira-kira 800 bungkusan daging lembu sempena Program Ibadah Korban Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Parlimen Kubang Pasu.

Hadir sama Exco Kerajaan Negeri Kedah, Halimaton Shaadiah Saad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam.