X

Kindly register in order to view this article
!

Kelibat beruang matahari merayau curi perhatian

Kelibat beruang matahari yang sempat dirakam orang ramai tular di Facebook pada Khamis.
A
A

SABAK BERNAM - Kelibat seekor beruang matahari dewasa merayau di sekitar Sungai Panjang di sini mencuri perhatian orang ramai selepas tular di Facebook pada Khamis.

Video berdurasi 0.47 saat itu menunjukkan kelibat beruang itu dipercayai dirakam di tepi jalan berdekatan dengan kawasan hutan.

Status dimuat naik di laman Facebook itu mendapat pelbagai tanda reaksi dan komen daripada pengguna Facebook lain.

Pemilik akaun Facebook menggunakan nama Mohd Isa Asari dalam ruangan komen memaklumkan beruang itu sudah lama mendiami hutan simpan berkenaan.

Malah katanya, terdapat beruang yang mati akibat dilanggar kenderaan yang memandu laju di kawasan tersebut.

"Amaran haiwan liar melintas pun sudah dipasang di situ.

"Beruang ini tidak ganas melainkan jika terancam, tapi tidaklak jinak dan jangan sesekali turun kereta untuk usap kepala beruang macam kucing kerana sekali kena tendang, seumur hidup dalam penyesalan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Haidar Khan Mokbolhasan berkata, pemantauan berterusan akan dilakukan dan pihaknya mohon orang awam tidak mengganggu hidupan liar itu.

"Kami minta orang ramai memandu ikut had kelajuan kerana kerana kawasan berkenaan berhampiran kawasan hidupan liar.

"Sekiranya ada ternampak haiwan liar, biarkan ia melintas jalan dan selepas itu teruskan perjalanan anda tanpa mengganggu hidupan liar tersebut.

"Keselamatan pengguna jalan raya adalah penting, begitu juga dengan hidupan liar tersebut," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!