X

Kindly register in order to view this article
!

10 kontena bawa produk kayu bernilai lebih setengah juta ditahan

Kontena membawa muatan produk kayu dari Chile ditahan di Pelabuhan Tanjung Pelepas pada Rabu.
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor menggagalkan cubaan membawa masuk produk kayu pinus radiata pine di Pelabuhan Tanjung Pelepas, di sini pada Rabu.

Pengarahnya Hizzuan Hasim berkata, 10 kontena muatan produk kayu terbabit dari negara Chile dikesan semasa pemeriksaan rutin dilakukan pegawainya pada jam 3.45 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati nombor permit Maqis yang dikemukakan tidak sama seperti yang tertera di dalam sijil fitosanitasi yang diikrarkan bagi produk kayu pinus radiata pine tersebut.

"Kesemua produk kayu yang dianggarkan bernilai RM508,889 ditahan. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana melakukan pengisytiharan yang mengelirukan pihak berkuasa.

"Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM75,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Maqis turut menasihatkan agar semua pengimport dan pengeksport sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara di Malaysia.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!