UMK agih 200 pek makanan kepada pelajar sempena Aidiladha

Razli (kanan) menyampaikan pek makanan kepada pelajar sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Razli (kanan) menyampaikan pek makanan kepada pelajar sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
A
A
A

KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengagihkan 200 pek makanan kepada pelajar sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr Razli Che Razak berkata, agihan makanan itu diberikan kepada pelajar yang tidak pulang ke kampung.

Menurut beliau, pek makanan itu diagihkan dua kali sehari selama tiga hari bermula pada Selasa, Rabu dan Khamis.

"Pek makanan ini diagihkan di tiga kampus iaitu UMK Bachok, UMK Pengkalan Chepa dan UMK Kampus Jeli.

"Agihan pek makanan ini dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Razli berkata, agihan itu merupakan tanda prihatin UMK terhadap sebilangan pelajar yang masih berada di kolej kediaman.

"Kebanyakan pelajar ini menjalankan kerja penyelidikan dan melengkapkan tugasan makmal serta terdapat pelajar masih menunggu melengkapkan dos kedua vaksin di UMK.

“Alhamdulillah, sumbangan oleh Malaysian Relief Agency (MRA) dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni sebagai inisiatif kebajikan terhadap pelajar,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pek makanan itu mengandung nasi tomato, rendang, nasi himpit, sate dan minuman.