Syarikat didenda RM25,000, gagal adakan prosedur kerja selamat

A
A
A

IPOH - Sebuah syarikat pembuatan makanan didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis kerana gagal mengadakan prosedur kerja selamat hingga mengakibatkan seorang pekerjanya cacat pada April tahun lalu.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak dalam satu kenyataannya memaklumkan Bestcan Food Technological Industry Sdn Bhd yang diwakili oleh pengurus lojinya mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.

"Syarikat itu gagal mengadakan prosedur kerja selamat bagi aktiviti kerja 'troubleshooting' pada mesin sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan kepada seorang pekerjanya yang berusia 32 tahun.

"Kemalangan pada 30 April 2020 menyebabkan tangan mangsa telah tersepit pada ‘endsealer’ mesin sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan pada jari tangan kanan iaitu luka terbuka pada jari telunjuk, putus jari tengah, putus jari manis dan putus dua ruas jari kelingking," katanya.

Syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan: