Wanita meninggal dunia di depan klinik di Klang positif Covid-19

Gambar tular seorang wanita yang tular terbaring tidak sedarkan diri dan meninggal dunia di hadapan sebuah klinik di Klang pada Rabu disahkan positif Covid-19.
Gambar tular seorang wanita yang tular terbaring tidak sedarkan diri dan meninggal dunia di hadapan sebuah klinik di Klang pada Rabu disahkan positif Covid-19.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang wanita yang tular terbaring tidak sedarkan diri dan meninggal dunia di hadapan sebuah klinik di Taman Sentosa, Klang, dekat sini pada Rabu disahkan positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika wanita tempatan berkenaan bersama adiknya ingin mendapatkan rawatan di klinik itu pada kira-kira jam 9.45 pagi.

“Sewaktu berada di depan klinik itu, wanita berkenaan tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Shamsul Amar berkata, ambulans yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan wanita berkenaan sudah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut.

“Hasil keputusan ujian saringan awal Rapid Test Kit mendapati wanita tersebut positif Covid-19 dan turut mempunyai sejarah penyakit kencing manis serta darah tinggi. Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut Covid-19,” katanya.

Shamsul Amar sebelum itu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut susulan tular klip video dan beberapa foto insiden berkenaan di media sosial pada pagi Rabu. - Bernama

Artikel Berkaitan: