X

Kindly register in order to view this article
!

Sasar 10,000 usahawan Mara

Rina menurunkan tandatangan di atas plak ketika melawat Wahyuni Spa dan Muslimah Beauty.
A
A

KANGAR - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyasarkan pertambahan 10,000 usahawan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menjelang penghujung tahun ini berbanding 83,000 usahawan ketika ini di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pertambahan jumlah usahawan itu merangkumi pelbagai kategori termasuk program kemahiran yang dianjurkan di kawasan luar bandar.

Katanya, hasrat kementerian itu selaras dengan salah satu teras Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar yang menekankan aspek keusahawanan.

"Melalui keusahawanan kita dapat membantu golongan ini meningkatkan pendapatan dan keluarkan mereka dari kepompong kemiskinan," katanya ketika melawat Wahyuni Spa dan Muslimah Beauty yang dimiliki seorang usahawan Mara Perlis.

Menurutnya, selain usaha memperbanyakkan bilangan usahawan, kementerian juga akan merangka pelan untuk memperkasakan usahawan sedia ada.

"Kementerian mempunyai agensi-agensi tertentu seperti Mara dan Kemas yang bertindak membantu usahawan melalui latihan dan program yang disediakan.

"Jadi kita akan bantu usahawan ini supaya lebih maju ke hadapan bukan sahaja di peringkat negeri dan nasional malah juga di peringkat global," katanya.

Dalam pada itu, Rina turut memuji kesungguhan pemilik Wahyuni Spa dan Muslimah Beauty, Azrina Ibrahim, 39, yang kini mempunyai tiga cawangan spa di Perlis dan Kedah.

Katanya, kejayaan Azrina ini patut dijadikan contoh buat pelajar GiatMara di seluruh Malaysia memandangkan Azrina juga merupakan bekas pelajar GiatMara Kangar.

"Selain mempunyai spa secara fizikal, Azrina juga menawarkan perkhidmatan spa bergerak untuk pelanggan yang sibuk dan tidak sempat berkunjung ke spa.

"Beliau juga mempunyai pusat latihan untuk melatih belia yang berminat yang secara tidak langsung turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf