33 maut di wilayah Henan akibat banjir

Gambar fail menunjukkan beberapa orang menyaksikan puluhan kenderaan bertindih akibat banjir yang berlaku pada Selasa lalu di bandar raya Zhengzhou. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan beberapa orang menyaksikan puluhan kenderaan bertindih akibat banjir yang berlaku pada Selasa lalu di bandar raya Zhengzhou. - Foto AFP
A
A
A

Zhengzhou - Sejumlah kereta bertindih antara satu sama lain di bandar raya Zhengzhou selepas 33 orang mati akibat banjir buruk di wilayah Henan, China pada Khamis.

Hujan lebat selama tiga jam itu mengatasi taburan hujan yang menyamai setahun di bandar tersebut, kata beberapa pegawai kaji cuaca.

Hujan itu menyebabkan air melimpah dari parit dan mengakibtkan lumpur manakala banjir pula berlaku di beberapa batang jalan raya, terowong dan sistem kereta tren bawah tanah.

Bandar raya Zhengzhou paling teruk dilanda banjir pada Selasa lalu yang menyaksikan paras air meningkat di dalam tren bawah tanah sehingga ke bahagian leher para

penumpang.

Sekurang-kurangnya berbelas-belas orang mati sebelum anggota penyelamat berjaya menyelamatkan para penumpang tren tersebut.

Ketika paras air surut, penduduk di bandar tersebut bersedia untuk menghadapi satu lagi cuaca buruk.

Mereka kemudian memindahkan kenderaan masing-masing ke kawasan tanah tinggi dan cuba keluar dari bandar raya tersebut.

Artikel Berkaitan:

Komunikasi dan tenaga elektrik pula masih belum pulih sepenuhnya.

Seorang pakar kaji cuaca di Pusat Meterologi Kebangsaan (NMC), Chen Tao dipetik oleh AFP bahawa hujan lebat itu adalah disebabkan oleh keadaan topografi dan tempias daripada Taufan In-Fa.

Walaupun, taufan itu tidak melanda China tetapi berdasarkan kepada pengaruh angin sejumlah wap air laut naik ke udara dan menyebabkan hujan lebat. - Agensi