300 keluarga terima sumbangan

Mohd Jazri (tiga dari kiri) dan Khairul Nizam (kanan) menyampaikan bantuan keperluan dapur kepada sebuah keluarga warga emas dan OKU di Kampung Nyatoh, Rantau.
Mohd Jazri (tiga dari kiri) dan Khairul Nizam (kanan) menyampaikan bantuan keperluan dapur kepada sebuah keluarga warga emas dan OKU di Kampung Nyatoh, Rantau.
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 300 keluarga sekitar Mambau dan Rantau yang terkesan akibat pandemik Covid-19 menerima sumbangan sempena sambutan Aidiladha pada Isnin.

Sumbangan disediakan oleh Persatuan Amal dan Kebajikan Al Baasith Negeri Sembilan dengan kerjasama syarikat pengeluar kicap dan sos masakan buatan Malaysia, Mahsuri Food Sdn Bhd (Mahsuri Food) dan Yayasan Maghfirah menerusi program Jiwa Peduli.

Pengerusi Persatuan Amal dan Kebajikan Al Baasith Negeri Sembilan, Khairul Nizam Khairuddin berkata, bantuan yang dihulurkan ini telah dilaksanakan sejak Mac 2020, semasa negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mohd Jazri (kiri) dan Khairul Nizam (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan pada Isnin.
Mohd Jazri (kiri) dan Khairul Nizam (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan pada Isnin.

Katanya, pada waktu itu ramai orang terutamanya golongan B40 terkesan dengan pandemik yang melanda negara.

“Disebabkan kesusahan yang melanda masyarakat terutama mereka yang dalam golongan B40 ini, kita mengambil keputusan untuk terus membantu dan menyumbangkan kotak makanan kepada yang memerlukan.

“Setiap hari banyak permohonan bantuan keperluan makanan yang diterima, malah sehingga ke hari ini permohonan keperluan dapur sering mendapat permintaan.

“Alhamdulillah, sehingga kini lebih 5,000 keluarga yang telah kami bantu di seluruh Negeri Sembilan, dan akan diteruskan sampai bila-bila,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan secara pandu lalu di Taman Kelab Tuanku Mambau di sini pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Ketua Komersial Mahsuri Food, Mohd Jazri Ikmal Hijaz.

Mohd Jazri (kanan) dan Khairul Nizam (tengah) menyampaikan sumbangan Jiwa Peduli secara pandu lalu di Taman Kelab Tuanku Mambau, Seremban.
Mohd Jazri (kanan) dan Khairul Nizam (tengah) menyampaikan sumbangan Jiwa Peduli secara pandu lalu di Taman Kelab Tuanku Mambau, Seremban.

Tambah Khairul Nizam, selagi menerima dana dan sumbangan daripada orang ramai, insya-ALLAH, pihaknya akan terus berusaha membantu mereka yang memerlukan, kerana amanah yang diberi itu wajib untuk disempurnakan dengan sebaiknya.

Katanya, selain keperluan dapur, sumbangan sempena Aidiladha ini turut menyumbangkan sayur-sayuran dan daging ayam kepada penerima terpilih.

Sementara itu, Mohd Jazri ketika ditemui berkata, pihaknya melengkapkan sumbangan hasil inisiatif daripada Persatuan Amal dan Kebajikan Al Baasit ini, dengan menyumbangkan produk terkenal mereka iaitu sos berperisa tiram Mahsuri dan kicap lemak manis Mahsuri.

Menurutnya, aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu adalah program kali kedua pihaknya bekerjasama dengan pertubuhan itu, iaitu pada Disember tahun lalu, semasa membantu mangsa banjir di Kampung Mambau.

“Program Jiwa Peduli mengumpul barang keperluan asas termasuk makanan seperti beras, biskut, makanan tin, bihun, sos tiram, kicap, makanan tin dan lain-lain barang keperluan.

“Barangan keperluan asas ini didermakan oleh penderma individu dengan kerjasama syarikat seperti Mahsuri Food, dan saya berharap akan ada lebih banyak lagi syarikat tempatan yang sudi membantu mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam melaksanakan aktiviti kebajikan seperti ini,” katanya.

Khairul Nizam (dua dari kanan) dan Mohd Jazri (dua dari kiri) bersama petugas bantuan Jiwa Peduli di Kelab Tuanku Mambau Seremban pada Isnin.
Khairul Nizam (dua dari kanan) dan Mohd Jazri (dua dari kiri) bersama petugas bantuan Jiwa Peduli di Kelab Tuanku Mambau Seremban pada Isnin.

Tambah Mohd Jazri, pihaknya berharap sumbangan produk terkenal Mahsuri Food seperti sos berperisa tiram Mahsuri dan juga kicap lemak manis Mahsuri yang dijamin Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga yang terkesan.

Persatuan Amal dan Kebajikan Al Baasith Negeri Sembilan sangat mengalu-alukan sumbangan berbentuk wang tunai melalui akaun 0504 9010 023884 Bank Islam atas nama Persatuan Amal dan Kebajikan Al Baasith Negeri Sembilan.

Untuk maklumat lanjut mengenai program kebajikan yang dianjurkan Persatuan Amal dan Kebajikan Al Baasith Negeri Sembilan, boleh hubungi Khairul Nizam selaku Pengerusi Persatuan di talian 016 4197478 atau layari laman Facebook Al-Baasith Negeri Sembilan /Skuad Al-Baasith.