Pasangan jarak jauh lengkap vaksin mungkin dibenar rentas negeri

Pasangan jarak jauh lengkap dua dos vaksin Covid-19 mungkin dibenarkan merentas negeri.
Pasangan jarak jauh lengkap dua dos vaksin Covid-19 mungkin dibenarkan merentas negeri.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kerajaan sedang memperhalusi cadangan supaya pasangan jarak jauh yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 diberi kelonggaran merentas negeri untuk bertemu keluarga.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau sering membawa isu itu dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara supaya ia dapat dipertimbangkan.

"Melihat kepada komen-komen yang diberikan netizen di media sosial, saya dapati ramai yang menyuarakan keluhan pasangan jarak jauh atau ibu bapa yang terpisah dari anak-anak kerana larangan merentas negeri.

"Sebagai seorang bapa, saya sedar betapa pentingnya institusi kekeluargaan itu kepada manusia. Walaupun atas faktor keselamatan, ibu atau bapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama. Lebih-lebih lagi jika ibu bapa berkenaan sudah pun menerima dua dos vaksin.

"Insya-ALLAH, kerajaan sedang memperhalusi cadangan ini bagi membolehkan pasangan dan keluarga jarak jauh disatukan semula," katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

Artikel Berkaitan: