Tiga lelaki ditahan tipu jualan dalam talian

Tiga suspek yang ditahan dipercayai terlibat dalam sindiket menipu jual beli barangan secara dalam talian di kawasan Lebuh Medini Utara, Medini pada Rabu.
Tiga suspek yang ditahan dipercayai terlibat dalam sindiket menipu jual beli barangan secara dalam talian di kawasan Lebuh Medini Utara, Medini pada Rabu.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam sindiket menipu jual beli barangan secara dalam talian di kawasan Lebuh Medini Utara, Medini pada Rabu.

Serbuan jam 5 petang itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kegiatan itu dipercayai beroperasi kira-kira seminggu lalu dengan menyasarkan mangsa dari kalangan warga England.

Menurut beliau, tiga lelaki warga tempatan yang ditahan berusia antara 19 hingga 23 tahun.

"Dalam serbuan itu, polis turut merampas 25 telefon bimbit pelbagai jenama, enam komputer riba pelbagai jenama, sebuah fail dan serangkai kunci rumah dengan nilai keseluruhan RM26,600," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dzulkhairi berkata, sindiket itu baharu sahaja menyewa rumah tersebut pada pertengahan Julai lalu dan mereka telah merancang untuk bertukar ke kediaman yang lain bagi menjalankan kegiatan penipuan, berpandukan arahan daripada seorang lelaki warga tempatan.

Katanya, ketiga-tiga suspek menyatakan bahawa mereka tidak pernah berjumpa dengan lelaki tersebut dan hanya berhubung melalui WeChat.

"Mereka akan menerima komisen sebanyak lima peratus daripada jumlah wang hasil menipu mangsa.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua suspek telah direman selama tiga hari sehingga Sabtu ini dan kes siasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.