Dakwaan boleh 'walk-in' terima vaksin di Negeri Sembilan palsu

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

SEREMBAN - Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Negeri Sembilan menafikan dakwaan membenarkan pemberian vaksin secara walk-in di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini.

Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar, S Veerapan berkata, pihaknya melalui CITF telah menerima aduan awam berkenaan satu hantaran di sebuah laman Facebook menyatakan pada 1 Ogos ini orang ramai boleh walk-in untuk mendapatkan vaksin.

Katanya, CITF Negeri Sembilan ingin menegaskan bahawa maklumat yang dimuatkan di dalam laman Facebook terbabit tidak benar.

"CITF Negeri Sembilan tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau membenarkan walk in di mana-mana PPV awam dan swasta yang sedang beroperasi di negeri ini.

"Bagi tujuan pemberian vaksin di Negeri Sembilan, semua pemberian vaksin dilaksanakan melalui janji temu yang diselaraskan oleh MySejahtera.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan datang terus ke mana-mana PPV di Negeri Sembilan pada 1 Ogos 2021, dan mohon agar mematuhi janji temu yang diberikan oleh MySejahtera sahaja," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Tambahnya, CITF Negeri Sembilan akan terus menggiatkan usaha pemberian vaksin kepada rakyat Negeri Sembilan melalui 96 PPV awam dan swasta, selain melalui program pemberian vaksin secara outreach di seluruh daerah di Negeri Sembilan.

Pada Khamis, tular di media sosial Facebook yang menyatakan pada 1 Ogos 2021, orang ramai boleh walk-in sahaja di mana-mana PPV dan menyenaraikan PPV Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, UCSI Hospital, Port Dickson dan Dewan Orang Ramai Sikamat, Seremban sebagai PPV yang dimaksudkan.

Artikel Berkaitan:

Hantaran tersebut kemudiannya telah pun dipadam.