X

Kindly register in order to view this article
!

Inter Milan pula umum tarik diri daripada Piala Florida

Inter Milan menjadi pasukan terbaharu yang menarik diri daripada menyertai saingan Piala Florida.
A
A

GERGASI Serie A, Inter Milan menjadi pasukan terbaharu yang menarik diri daripada menyertai saingan Piala Florida yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Julai ini di Orlando, Amerika Syarikat (AS).

Menurut satu kenyataan rasmi skuad Nerazzurri itu menarik diri berikutan peningkatan kes Covid-19 di negara Uncle Sam itu ketika ini.

“Kami dari FC Internazionale Milano (Inter Milan), mengumumkan bahawa kami tidak akan meneruskan penerbangan ke AS dan menarik diri daripada menyertai saingan Piala Florida, hujung bulan ini.

“Keputusan ini dibuat kerana kami tidak mahu mengambil risiko berikutan peningkatan kes-kes positif Covid-19 di peringkat antarabangsa ketika ini.

“Ini berikutan tindakan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal yang juga menarik diri daripada piala berkenaan sebelum ini,” menurut kenyataan rasmi itu lagi.

Terdahulu, skuad The Gunners mengesahkan menarik diri daripada Piala Florida setelah beberapa kes positif Covid-19 dikesan berlaku pada skuad berkenaan sebelum berlepas ke AS.

ARTIKEL BERKAITAN: Arsenal batal siri jelajah, tarik diri sertai Piala Florida

Keputusan Inter Milan untuk menarik diri sekali gus bakal menyaksikan skuad Nerazzurri itu terpaksa mencari alternatif lain sebagai persiapan bagi mengharungi saingan musim baharu Serie A, Ogos depan.

Berdasarkan jadual serta format Piala Florida, Arsenal dan Inter Milan dijadualkan bertemu pada 25 Ogos depan di Stadium Orlando.

Pengumuman Inter Milan itu sekali gus menyaksikan hanya tinggal dua pasukan iaitu kelab EPL, Everton dan kelab Colombia, Milonarios FC yang masih belum menarik diri daripada piala berkenaan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!