Israel serang depoh senjata Hezbollah di Syria

Tentera Syria berjaya memintas kebanyakan peluru berpandu tentera Israel yang menjadikan depot senjata kumpulan Hezbollah sebagai sasaran. - Foto Reuters
Tentera Syria berjaya memintas kebanyakan peluru berpandu tentera Israel yang menjadikan depot senjata kumpulan Hezbollah sebagai sasaran. - Foto Reuters
A
A
A

DAMSYIK - Pasukan pertahanan Syria memintas beberapa peluru berpandu Israel di wilayah Homs awal pagi Khamis iaitu serangan udara kedua rejim Zionis dalam minggu ini, kata satu sumber tentera.

Sumber tentera itu memberitahu Sana iaitu agensi berita kerajaan Syria bahawa serangan tersebut tidak menyebabkan sebarang kecederaan dan menyebabkan hanya kerosakan kecil.

Sumber tersebut memberitahu serangan itu berlaku pada jam 1.13 pagi apabila tentera Israel melancarkan serangan udara dengan menjadikan beberapa kedudukan di kawasan Qusayr di wilayah Homs sebagai sasaran, lapor Sana.

Pasukan pertahanan Syria berjaya memintasnya dengan menembak kebanyakan daripada peluru berpandu tersebut.

Dalam pada itu, badan Pemantau Hak-Hak Asasi Untuk Syria berkata, peluru berpandu tersebut menjadikan beberapa serangan ketenteraan Hezbollah Lubnan menyebabkan depoh senjata kumpulan tersebut musnah.

Pada Isnin lalu, lima anggota bersenjata yang pro-Iran terbunuh dalam serangan tentera Israel yang menyebabkan depoh senjata Hezbollah musnah termasuk depoh senjata di Aleppo. - Agensi

Artikel Berkaitan: