Barcelona lakar permulaan cemerlang aksi pra musim

Barcelona menewaskan Tarragona 4-0 dalam aksi persahabatan.
Barcelona menewaskan Tarragona 4-0 dalam aksi persahabatan.
A
A
A

BARCELONA meraih keputusan positif dalam perlawanan pertama pra musim mereka selepas menundukkan Gimnastic de Tarragona 4-0 di Estadi Johan Cruyff, Sepanyol pada awal pagi Khamis.

Bagaimanapun, pengendali Barcelona, Ronald Koeman menyifatkan masih terlalu awal untuk menilai kemampuan pasukan dengan kemenangan tersebut bukan gambaran sebenar prestasi setiap pemain.

"Semua pemain sudah kembali daripada bercuti dan berlatih dengan gigih. Ini adalah perlawanan pertama dan yang paling utama adalah mendapatkan kembali kecergasan.

"Dua pasukan bermain dengan cara berbeza dalam perlawanan ini, jadi kedua-dua pasukan ada kualiti tersendiri. Beberapa pemain muda yang saya turunkan juga menunjukkan kemampuan mereka," katanya.

Koeman menurunkan ramai pemain muda dalam pertandingan ini disebalik beberapa kelibat pemain senior sepertiNeto, Gerard Pique, Sergi Roberto dan Miralem Pjanic.

Penyerang muda Barcelona, Rey Manaj mencuri perhatian dengan mencetak hatrik manakala satu lagi gol dijaringkan oleh Alex Collado.

Dalam masa sama, Koeman turut mengakui para pemainnya tidak teruji sepenuhnya dalam perlawanan itu dengan beberapa perlawanan pra musim akan datang akan menjadi katu ukur sebenar kepada kelab Catalan itu.

"Penting untuk menggabungkan pemain muda dan senior kerana kami cuma mepunyai waktu yang sedikit bersama keseluruhan pasukan.

Artikel Berkaitan:

"Kami perlu bermain cemerlang di di Jerman. Stuttgart dan Salzburg adalah dua pasukan terbaik dan kami mampu lebih diuji di sana nanti," katanya.

Barcelona akan menghadapi Girona pada Sabtu dalam perlawanan pramusim seterusnya sebelum terbang ke Jerman untuk berhadapan Stuttgart pada 31 Julai kemudian Red Bull Salzburg pada 4 Ogos.