X

Kindly register in order to view this article
!

Sumbangan bakul makanan 'dihumban' ke tong sampah

Makanan yang masih dalam keadaan elok ditemui bertaburan tepi tong sampah di Pekan Rawang baru-baru ini.
A
A

RAWANG - Pek biskut, tepung dan gula yang masih belum dibuka ditemui bertaburan berhampiran tong sampah di Pekan Rawang beberapa hari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata, kejadian itu disedari oleh seorang peniaga yang kebetulan ke lokasi tersebut untuk membuang sampah.

Menurutnya, pihaknya percaya makanan tersebut merupakan barangan dapur yang disumbangkan oleh masyarakat untuk membantu golongan memerlukan ketika negara berdepan krisis Covid-19.

"Kejadian ini amat mengecewakan. Jangan terima sumbangan jika anda mampu supaya bantuan ini dapat disalurkan kepada yang benar-benar memerlukan. Ia bagi mengelak berlaku pembaziran seperti ini.

"Harap kejadian seperti ini tidak menjejaskan keyakinan para penyumbang yang bertungkus-lumus melakukan kerja-kerja amal," kongsinya di Facebook pada Selasa.

Beliau juga berharap insiden sama tidak berulang pada masa akan datang.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!