X

Kindly register in order to view this article
!

Pusat Pakaian Hari-Hari taja pemberian vaksin kepada kakitangan

PPHH menaja kakitangannya menerima vaksin untuk memberikan sokongan kepada usaha kerajaaan. (gambar kecil: Amilludin Latip)
A
A

SHAH ALAM - Pusat Pakaian Hari-Hari (PPHH) menyokong usaha kerajaan untuk melawan serta pemulihan segera penyebaran Covid-19 bagi merancakkan kembali aktiviti ekonomi negara.

Pengarahnya, Amilludin Latip berkata, seramai 550 pekerja dari ibu pejabat PPHH, cawangan di Kuala Lumpur dan Selangor telah menerima vaksin dos pertama pada 28 Jun dan dos kedua pada 19 Julai lalu.

“Kami berkeyakinan baki kakitangan PPHH akan menerima vaksin dos kedua pada awal Ogos,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, PPHH menaja sepenuhnya suntikan vaksin untuk kakitangan melalui SELangkah Program Vaksin Selangor (SelVAX) kerana ingin menyediakan tempat kerja yang selamat sebagai persediaan untuk dibuka semula apabila diizinkan.

“Inisiatif ini merupakan sokongan PPHH kepada kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok yang diuar-uarkan.

“Dengan adanya dos vaksin 100 peratus untuk semua kakitangan PPHH, kami bersedia untuk membuka balik kedai pada fasa kedua jika diluluskan oleh kerajaan,” katanya.

Amilluddin berkata, PPHH sekarang mempunyai 86 cawangan dan 1,300 kakitangan seluruh Malaysia yang terkesan sejak penutupan kedai demi memerangi wabak Covid-19 ini.

Antara kakitangan PPHH yang menerima vaksin di PPV Tropicana Gardens Mall pada 19 Julai 2021.
Antara kakitangan PPHH yang menerima vaksin di PPV Tropicana Gardens Mall pada 19 Julai 2021.

Sementara itu, Pengarah PPHH, SM Sani berkata, SelVAX adalah satu inisiatif terbaik untuk mempercepatkan program vaksinasi untuk industri di negeri Selangor.

“Apabila SelVAX mewujudkan program sedemikian, kami tidak teragak-agak untuk mengambil bahagian dalam program ini.

"Sebanyak 40 peratus dari cawangan PPHH di negeri Selangor dan Lembah Klang secara umum menyertai program ini.

“Sebagai rakyat Malaysia dan majikan yang bertanggungjawab, kami perlu memastikan setiap kakitangan PPHH diberikan vaksin dan perlindungan demi keselamatan diri dan yang lebih penting bersama-sama memerangi Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang proses vaksinasi bermula daripada pendaftaran hingga lengkap dos kedua, semua dijalankan dengan baik dan pengurusan yang cekap dan profesional.

“SelVAX merupakan satu program yang patut dijalankan lebih awal demi mempercepatkan vaksinasi untuk industri khususnya di negeri Selangor kerana negeri ini merupakan kawasan perindustrian yang paling besar.

“Kami berharap apabila semua industri sudah diberikan vaksin, ekonomi dapat dibuka semula,” katanya.

Sani berkata, hal ini dapat merangsang kembali ekonomi demi memastikan pendapatan tidak terjejas sekali gus tidak jatuh ke dalam kegawatan yang teruk akibat pandemik Covid-19.

“Sebagai majikan, kami berharap dengan perbelanjaan yang kami gunakan untuk program vaksin, industri ini dapat diberi keizinan untuk membuka semula kedai pada fasa kedua dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya.

Tujuh kakitangan PPHH telah menerima vaksin dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin Tropicana Gardens Mall pada 19 Julai lalu.
Tujuh kakitangan PPHH telah menerima vaksin dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin Tropicana Gardens Mall pada 19 Julai lalu.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!