X

Kindly register in order to view this article
!

PM ucap Selamat Hari Sarawak kepada rakyat Sarawak

Muhyiddin Yassin
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan Selamat Hari Sarawak 2021 kepada semua rakyat Sarawak yang menyambutnya pada Khamis.

“Sambutan ini pastinya amat bermakna kepada rakyat Sarawak, kerana pada tarikh ini 58 tahun lalu, Sarawak secara rasmi mula ditadbir oleh anak Sarawak sendiri,” katanya dalam satu hantaran Facebooknya pada Khamis.

Beliau juga melahirkan keyakinan, Hari Sarawak akan tetap diraikan dengan penuh makna mengikut cara dan konsep tersendiri, biarpun tanpa aktiviti bersemuka dan berkumpul ekoran pandemik Covid-19.

Buat kali kedua, Hari Sarawak tahun ini yang memilih tema ‘Sarawak Gemilang Untuk Semua’ disambut secara hibrid susulan pandemik Covid-19.

Sambutan Hari Sarawak 2021 akan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuching yang bermula jam 8.30 malam Khamis, terhad kepada 100 orang tetamu jemputan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat berikutan Sarawak masih dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud serta isteri dan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dan isteri, serta beberapa menteri kabinet lain dijangka hadir pada majlis itu.

Ia akan diisi dengan persembahan secara maya seperti tarian bertajuk 'Sarawak Bahagia', persembahan video Aspirasi Sarawakku Sayang dan filem pendek 'I Am Sarawak' dan video dokumentari 'The Struggle'. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!