Syed Saddiq tak mengaku salah guna sumbangan kempen PRU14

Syed Saddiq - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Syed Saddiq - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan salah guna sumbangan kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berjumlah RM120,000 pada April 2018.

Syed Saddiq, 29, yang juga Ahli Parlimen Muar membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bagi pertuduhan itu, Syed Saddiq didakwa dengan curangnya melakukan kesalahan itu yang mana dana tersebut dikutip melalui Maybank Milik Armada Bersatu Enterprise.

Kesalahan didakwa dilakukan di Maybank Islamik Berhad, Jalan Pandan, Taman Pandan Jaya di sini, antara 8 hingga 21 April 2018.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Faridz Gohim Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Asraf Mohamed Tahir, manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, Gobind Singh Deo dan Haijan Omar.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq mengaku tidak bersalah pecah amanah

Artikel Berkaitan: