X

Kindly register in order to view this article
!

Pemandu maut pacuan empat roda terbalik

Keadaan kenderaan dipandu mangsa yang terbalik di KM67 Jalan Kuantan-Segamat, Pekan pada awal pagi Khamis. - Foto FB JBPM Pahang
A
A

PEKAN - Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas sebelum terbalik di Kilometer 67, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Simpang Chini di sini awal pagi Khamis.

Dalam nahas kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa, Mohamad Shaiful Nizam Ismail, 36, tercampak keluar dari kenderaannya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang bekerja sebagai pemandu jentera berat dalam perjalanan dari rumahnya di Felda Keratong, Muadzam Shah ke tempat kerja di Kertih, Terengganu.

Lokasi kemalangan di KM67, Jalan Kuantan-Segamat, Pekan yang mengorbankan nyawa mangsa selepas kenderaan dipandu terbalik pada awal pagi Khamis.
Lokasi kemalangan di KM67, Jalan Kuantan-Segamat, Pekan yang mengorbankan nyawa mangsa selepas kenderaan dipandu terbalik pada awal pagi Khamis.

Menurut beliau, ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero Sport terlanggar lintasan air di atas jalan akibat paip pecah.

"Ekoran itu, kenderaan mangsa hilang kawalan lalu berpusing dan terbabas sebelum terbalik ke kanan jalan.

"Mangsa tercampak keluar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

Mohd Zaidi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!