Syed Saddiq tiba di mahkamah untuk pendakwaan kes

Syed Saddiq tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bersama peguamnya pada jam 9 pagi.
Syed Saddiq tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bersama peguamnya pada jam 9 pagi.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis untuk pertuduhan berkaitan penyelewengan dana lebih RM1 juta.

Syed Saddiq yang memakai sut hitam tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9 pagi dan kelihatan tenang.

Ahli Parlimen Muar itu diiringi peguamnya, Haijan Omar dan Gobind Singh Deo.

Hadir sama, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan, Syed Saddiq bakal berdepan dua pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah.

Mengikut sumber, ia dikatakan meliputi jumlah keseluruhan penyelewengan sebanyak RM1.12 juta milik sebuah parti politik ketika beliau menjawat jawatan sebagai ketua pemuda.

Selain di Kuala Lumpur, beliau berkata, Syed Saddiq juga akan didakwa di mahkamah sama di Johor Bahru di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Katanya, siasatan dibuat sejak Jun tahun lalu selepas aduan diterima berhubung kehilangan wang RM250,000 dalam simpanannya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Saya lebih rela masuk mahkamah daripada PN, kata Syed Saddiq