X

Kindly register in order to view this article
!

#RasuahBusters bersama lebih 200 gabungan memacu gerakan massa

Ketua Pasukan Teras #RasuahBusters, Datuk Hussamuddin Yaacub bersama sebahagian ‘Coalition of the Willing’.
A
A

WALAUPUN hanya bermula pada Januari lalu, #RasuahBusters kini menjadi gelombang gerakan moral yang didukung jutaan anggota lebih 200 organisasi di seluruh pelosok negara.

‘Coalition of the Willing’ telah mengadakan pertemuan secara berkala untuk membincangkan, merumuskan pelbagai strategi dalam memperkemaskan usaha pembanterasan rasuah, disamping menjalankan usaha meningkatkan kesedaran tentang struktur pemerintahan melalui tafbir urus (good governance) dan nilai integriti rakyat Malaysia.

Gabungan ini bersatu di bawah kesepakatan membawa panji-panji Malaysia Tanpa Rasuah demi menyelamatkan negara dari pandemik moral dan keruntuhan akhlak akibat budaya rasuah yang berupaya melumpuhkan negara dan perlu ditangani segera.

Hussamuddin
Hussamuddin

Ketua Pasukan Teras #RasuahBusters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, pemulihan gejala rasuah perlu dijalankan secara holistik dengan mengambil kira pandangan setiap rakan gabungan yang cukup berkepakaran dalam segmen kumpulan sasar masing-masing.

“Saya berasa bersemangat dan begitu terdorong dengan sokongan besar-besaran dari setiap spektrum masyarakat, termasuk dalam kalangan anak muda yang begitu komited untuk menerapkan integriti ke dalam sistem kepercayaan mereka.

"Walaupun perjalanan #RasuahBusters baru saja bermula, saya berdoa agar sebarang perilaku rasuah tidak boleh lagi disembunyikan oleh sesiapa pun," katanya.

Bertindak sebagai serampang dua mata, Hussamuddin menjelaskan, selain rakan gabungan meneruskan misi masing-masing, Malaysia Tanpa Rasuah akan menjadi laungan bersama dalam mencetuskan trasformasi moral dan nilai untuk menjadikan rasuah sebagai musuh bersama untuk diperangi.

#RasuahBusters, bersama dengan rakan kongsi, mengambil langkah proaktif untuk berjaya dalam strategi terasnya dengan mengaktifkan kempen-kempen berikut:

1. #RakyatBenciRasuah

2. #BeliaBenciRasuah

3. #PendakwahBenciRasuah

4. #KerajaanTanpaRasuah

5. #BisnesTanpaRasuah

6. #PilihanrayaTanpaRasuah

#RasuahBusters dan gabungannya menganjurkan pelbagai program demi mencapai objektifnya dan mengajak pihak-pihak yang berminat untuk tampil dan bekerjasama menjadikan ini sebagai pencapaian dari rakyat Malaysia, demi rakyat Malaysia.

BUTIRAN SEKRETARIAT RASUAH BUSTERS:WhatsApp +6019-2128523 atau e-mel: [email protected]


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!