X

Kindly register in order to view this article
!

Amanah sedia beri khidmat guaman kepada Syed Saddiq

Mohamad Sabu
A
A

SHAH ALAM- Parti Amanah Negara (Amanah) sedia memberikan khidmat guaman kepada Pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang akan didakwa di mahkamah, esok.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, tuduhan yang dikenakan kepada Syed Saddiq itu masih tidak diketahui benar atau tekanan politik menjelang sidang Parlimen.

“Berikutan berita Syed Saddiq akan didakwa pagi esok. Saya tidak pasti adakah ia tuduhan yang benar atau tekanan politik menjelang sidang Parlimen.

“Saya yakin beliau akan dibela oleh pasukan peguam yang hebat. Amanah akan bersama memberikan khidmat guaman buat beliau,” ciapnya di Twitternya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas menteri bakal didakwa esok

Saya lebih rela masuk mahkamah daripada PN, kata Syed Saddiq

Pada 21 Julai, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan bahawa beliau lebih rela masuk ke mahkamah daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Tambahnya, beliau tidak akan sesekali menjual atau menggadaikan jiwa serta prinsipal kepada PN.

Jelas Syed Saddiq, sudah lebih setahun beliau diugut untuk didakwa jika tidak menyertai kerajaan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!