Kes positif harian Covid-19 lebih 4,000 untuk tempoh 2 bulan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majoriti rakyat berpendapat bahawa Malaysia akan terus merekod angka kes harian positif Covid-19 melebihi angka 4,000 untuk tempoh dua bulan akan datang.

Dapatan itu berdasarkan kaji selidik yang dijalankan Pusat Penyelidikan Undian UCSI.

Pusat Penyelidikan Undian UCSI dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, kaji selidik itu mendapati sebanyak 55.7 peratus daripada 941 responden dari seluruh negara menjangkakan tempoh lebih dua bulan diperlukan negara untuk mencapai angka bawah 4,000 kes harian.

"Keputusan menunjukkan 23 peratus menjangkakan tempoh kurang dua bulan), 15.5 peratus (kurang sebulan) manakala 5.8 peratus lagi (kurang daripada dua minggu).

"Daripada kesemua responden, 53.9 peratus adalah wanita dan 46.1 peratus lagi adalah lelaki.

"Kesemua responden ditanya mengenai jangkaan mereka tentang tempoh negara boleh mencapai angka bawah 4,000 kes harian," katanya.

Menurut kenyataan itu, dalam kaji selidik sama, responden ditanya tentang pandangan mereka berhubung keberkesanan pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang dilaksanakan kerajaan dalam membantu mereka berdepan pandemik.

Katanya, keputusan menunjukkan 37.8 peratus responden berpendapat tidak pasti, 31.5 peratus berpendapat ia tidak berkesan manakala 30.7 peratus berpendapat ia berkesan.

Artikel Berkaitan:

Kaji selidik juga mendapati sebanyak 21.9 peratus responden mengakui bantuan langsung tunai iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuaj Khas Covid-19 (BKC) senarai Pemulih yang paling penting untuk mereka.

Ia diikuti 13.7 peratus bantuan RM400 juta bagi menambah bekalan vaksin negara untuk menampung 130 peratus populasi rakyat, 13.4 peratus (moratorium enam bulan kepada semua peminjam individu dan usahawan mikro), 11.5 peratus (diskaun bil elektrik dan data internet) dan 10.9 peratus (pengeluaran i-Citra RM1,000 setiap bulan bagi tempoh lima bulan daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).

Berdasarkan keputusan kaji selidik kali ini, Pusat Penyelidikan Undian UCSI melihat kerajaan perlu bersedia dengan strategi yang lebih komprehensif memandangkan peningkatan angka kes positif harian tersebut akan menjejaskan aktiviti ekonomi negara.