Rebut hadiah RM30,000 sempena 15 tahun Sinar Harian

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Sambutan ulang tahun ke-15 Sinar Harian pada 31 Julai ini akan diserikan dengan sisipan Edisi Khas 15 Tahun Bersama Sinar Harian.Ketua Jabatan Pemasaran Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, sisipan edisi khas ini merupakan hadiah buat para pembaca setia akhbar bahasa Melayu nombor 1 di Malaysia.

“Diharapkan sisipan Edisi Khas 15 Tahun bersama Sinar Harian ini bukan sahaja dapat dijadikan hadiah istimewa kepada pembaca tetapi juga sesuatu yang boleh dijadikan koleksi untuk pengumpul koleksi akhbar tegar,” kata Nik Justin.

Sempena Sinar15, akhbar pilihan utama rakyat Malaysia ini turut menganjurkan Peraduan Kumpul dan Menang Sinar15 dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi pembaca berjumlah RM30,000.

Untuk menyertai peraduan ini, pembaca hanya perlu membeli Sinar Harian setiap hari bermula 19 Julai sehingga 31 Ogos 2021.

Peserta hanya perlu menjawab lima daripada 47 soalan dengan tepat dan lengkapkan slogan kreatif dalam borang penyertaan yang disertakan.

Selain itu, peserta hendaklah mengumpul lima kepala akhbar (masthead) Sinar Harian setiap minggu termasuk satu Sinar Ahad.

Beliau berkata, pembaca boleh menghantar seberapa banyak penyertaan kerana tidak dihadkan.

“Diharapkan dengan penganjuran peraduan seumpama ini, pembaca dapat bersama-sama dengan Sinar Harian untuk sambutan Sinar15 bulan ini.

Artikel Berkaitan:

“Kami sentiasa ingin dekat kepada pembaca setia yang selama ini menyokong Sinar Harian dan sentiasa member inspirasi kepada kami untuk terus memperkasakan suara Malaysia.

“Adalah menjadi harapan Sinar Harian untuk berkongsi kemeriahan sambutan Sinar15 bersama seluruh rakyat Malaysia agar ia lebih bermakna kepada semua,” kata beliau lagi.

Hadiah yang ditawarkan melalui Peraduan Kumpul dan Menang Sinar15 termasuk wang tunai bernilai RM15,000 untuk tempat pertama, RM5,000 untuk tempat kedua dan RM2,000 untuk tempat ketiga.

Masing-masing akan menerima hadiah iringan daripada penaja dan Sinar Harian.

Hadiah saguhati berupa wang tunai RM500 turut ditawarkan kepada peserta.

Menariknya, penyertaan kreatif turut berpeluang memenangi wang tunai RM3,000 untuk tempat pertama, RM1,500 dan RM1,000 masing-masing untuk tempat kedua dan ketiga.

Katanya, untuk menyertai peraduan ini, pembaca hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah yang akan disiarkan dalam akhbar Sinar Harian.

Jom rebut peluang keemasan ini.

Untuk keterangan lanjut, sila layari info.sinarharian.com.my/sinar15 dan ikuti laman media sosial rasmi Sinar Harian.Dapatkan juga akhbar Sinar Harian di kedai-kedai berhampiran atau memuat turun aplikasi Sinar Harian untuk informasi dengan hanya satu klik sahaja.