Potong bekalan elektrik tiga premis judi

Kakitangan TNB melakukan pemotongan elektrik di premis yang dikenalpasti menjalankan aktiviti perjudian di daerah Kerian. Foto: Ihsan PDRM
Kakitangan TNB melakukan pemotongan elektrik di premis yang dikenalpasti menjalankan aktiviti perjudian di daerah Kerian. Foto: Ihsan PDRM
A
A
A

PARIT BUNTAR - Tiga premis di daerah Kerian di sini dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik selepas didapati menjalankan kegiatan perjudian tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, operasi selama sejam bermula pada jam 3.20 petang itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurut beliau, tindakan itu membabitkan premis di Bagan Serai, Kuala Kurau dan Tanjung Piandang.

"Operasi diketuai Inspektor Raboni Anak Jistin dan pasukan Bahagian siasatan jenayah daerah dibantu empat kakitangan TNB bertindak mengikut undang-undang dengan kuasa-kuasa di bawah Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001).

"Setelah dikenalpasti, kerja-kerja pemotongan elektrik dilakukan oleh pihak TNB ke atas ketiga-tiga premis berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Mazuki berkata, operasi terbabit akan diteruskan dari masa ke masa sebagai langkah untuk mengurangkan kegiatan perjudian haram di daerah ini.

Artikel Berkaitan: