Bekas menteri bakal didakwa esok

Mahkamah Kuala Lumpur
Mahkamah Kuala Lumpur
A
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Seorang bekas menteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis berkaitan penyelewengan dana lebih RM1 juta.

Mengikut sumber, bekas menteri itu berdepan dua pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah.

Sumber berkata, jumlah keseluruhan penyelewengan dikatakan berjumlah RM1.12 juta milik sebuah parti politik ketika beliau menjawat jawatan sebagai ketua pemuda.

“Selain di Kuala Lumpur, beliau juga akan didakwa di mahkamah sama di Johor Bahru, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

“Siasatan dibuat sejak Jun tahun lalu selepas aduan diterima berhubung kehilangan wang RM250,000 dalam simpanannya,” katanya.

Awal tahun lalu, seorang bekas menteri membuat laporan di Balai Polis Sungai Way berhubung kehilangan wang RM250,000 di kediamannya dekat Petaling Jaya, Selangor.

Beliau menyedari kehilangan wang tunai yang disimpan dalam peti besi di kediamannya kira-kira jam 7 malam pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: