Carson gembira bersama Manchester City

Scott Carson -Foto: AFP
Scott Carson -Foto: AFP
A
A
A

BEKAS penjaga gol England, Scott Carson menyifatkan peluang menyarung jersi penyandang juara Manchester City bagi mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim baharu merupakan satu penghormatan kepadanya.

Malah menurut Carson, dapat berada bersama pengendali The Citizens, Pep Guardiola dan barisan kejurulatihan kelab tersebut juga merupakan peluang untuk pemain berusia 36 tahun itu mempelajari lebih banyak ilmu bola sepak.

“Ini merupakan detik yang amat menggembirakan kepada karier saya apabila menjadi sebahagian daripada keluarga besar Manchester City.

“Peluang mempelajari sesuatu yang baharu bersama Pep Guardiola dan staf kejurulatihannya merupakan sesuatu yang hebat dan saya rasa telah banyak belajar sejak tiba di sini pada 2019.

“Saya juga bertekad mendorong penjaga gol lain dengan berkongsi pengalaman saya kepada mereka,” kata Carson.

Untuk rekod, Carson menandatangani kontrak setahun dengan Manchester City selepas menghabiskan dua musim lalu secara pinjaman daripada kelab Liga Kejuaraan, Derby County.

Anak buah Guardiola akan berdepan Leicester City pada aksi Perisai Komuniti di Wembley pada 7 Ogos ini sebelum ke London menentang Tottenham lapan hari kemudian bagi aksi liga.

Artikel Berkaitan: