Warga emas hilang ditemukan lemas

Mayat mangsa ditemui di tebing sungai Lubuk Telor kira-kira jam 5.45 petang pada Rabu.
Mayat mangsa ditemui di tebing sungai Lubuk Telor kira-kira jam 5.45 petang pada Rabu.
A
A
A

LIPIS - [DIKEMASKINI] Seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ditemukan lemas di Sungai Lubuk Telor dekat Kampung Jati, Kuala Lipis pada Rabu.

Mangsa, Zaradah Othman, 72, ditemukan kira-kira satu kilometer dari tebing sungai di belakang rumahnya oleh penduduk kampung kira-kira jam 5.45 petang.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat itu selepas dihubungi orang awam.

Operasi mencari oleh pihak berkuasa yang dilakukan di Kampung Tanjung Lipis. - Foto ihsan PDRM
Operasi mencari oleh pihak berkuasa yang dilakukan di Kampung Tanjung Lipis. - Foto ihsan PDRM

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat selepas suami mangsa membuat pengecaman.

"Operasi mencari mangsa ditamatkan kira-kira jam 7.30 petang," katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Media sebelum ini melaporkan mangsa hilang selepas keluar dari rumahnya kira-kira jam 1 petang pada Isnin dan kali terakhir dilihat oleh jirannya di kawasan rumah pada jam 10 pagi hari sama.

Artikel Berkaitan: